Monday 27 April 2015

BIDANG WARISAN KEBUDAYAAN





  Malaysia sebenarnya salah satu negara yang unik kerana mempunyai kepelbagaian etnik lebih-lebih lagi di Sabah dan Sarawak. Tidak terkecuali Wilayah Persekutuan Labuan juga kerana di pulau kecil ini, terdapat juga penduduk berbangsa Melayu Brunei yang menetap lama sehingga beberapa generasi. Kalau sebut sahaja apa tiga kaum utama di Malaysia, sudah pasti lah jawapannya ialah Melayu, Cina dan India. 


-KEPELBAGAIAN KAUM

-Melayu
 

Kaum Melayu menjadi kaum terbesar di Malaysia iaitu sebanyak 54%. Lihat! Nama Melayu merujuk kepada orang yang mengamalkan Islam dan tradisi Melayu. Mereka berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pengislaman mereka kebanyakannya dipengaruhi pengaruh kerabat diraja Melaka. Masyakarat Melayu dikenali kerana sifat lemah-lembutnya selain kerana warisan seni yang pelbagai.



-Cina
 

 
Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 25% daripada penduduk Malaysia. Kebanyakannya tinggal di bandar-bandar besar Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Kalau tadi kaum Melayu beragama Islam, sekarang kaum Cina pula ada yang  beragama Buddha, Taoisme dan Kristian. Mereka berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis dan Teochew. Kebanyakannya ialah keturunan imigran Cina yang datang semasa kurun ke-19. Mereka terkenal kerana ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga. Sebab itulah mereka lebih mendominasi bidang ekonomi berbanding kaum Melayu yang terlibat dalam bidang politik negara.


-India
  


Kaum terakhir ialah kaum India yang membentuk sebanyak 7.5% daripada penduduk Malaysia.  Majoriti beragama Hindu, berbahasa Tamil, Malayalam dan Hindi.  Mereka ada yang berketurunan imigran India Selatan yang berbahasa Tamil. Kaum ini datang ke negara ini sewaktu penjajahan British. Untungnya, mereka membawa bersama budaya warna-warni mereka ke negara kita. Contohnya, kuil berhias, makanan berempah dan sari mewah.

-Kumpulan etnik lain
Di Sarawak, kumpulan etnik utama ialah Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Di Sabah pula, kumpulan etnik bumiputera utama ialah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.Terakhir ialah, Orang Asli. Orang Asli merujuk kumpulan etnik bumiputera di Semenanjung Malaysia dan terbahagi kepada tiga puak utama iaitu Negrito, Melayu Proto dan Senoi.




-MUZIK DAN TARIAN

Warisan budaya Malaysia selain kaumnya yang pelbagai juga boleh dilihat melalui kepelbagaian muzik dan tariannya. 



( TARIAN )  

-Kuda Kepang
  


Kuda Kepang adalah tarian tradisional yang dibawa ke negeri Johor oleh imigran Jawa. Tarian ini melakonkan semula kisah peperangan suci Islam yang berjaya. Para penari akan duduk di atas kuda buatan dan bergerak  mengikut rentak alat muzik yang biasanya terdiri daripada gendang, gong dan angklung.

-Bharatanatyam 





Tarian klasik India adalah seperti gerakan puisi. Menurut epik India lama, tarian ini sangat penuh dengan perasaan dan dramatik. Tarian Bharatanatyam menggunakan lebih 100 langkah tarian dan gerakan. Untuk menguasainya, para penari memerlukan latihan bertahun-tahun lamanya.

- Tarian Singa



Tarian ini dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tarian ini jika kita lihat pun, cukup menunjukkan bahawa persembahannya penuh bertenaga dan menghiburkan. Lagenda ada mengatakan pada zaman purbakala, hanya singa yang dapat menghalau haiwan mitos yang dikenali sebagai Nian. Nian akan mengganas di China dan menelan manusia pada malam Tahun Baru. Tarian Singa memerlukan koordinasi sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi. Ia dipersembahkan dengan iringan rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal. 



( MUZIK ) 

-Kompang


 
Menjadi salah satu alatan muzik tradisional kaum Melayu yang popular. Kompang digunakan dalam aktiviti sosial misalnya dalam perarakan, upacara formal atau lebih terkenal lagi, pada hari majlis perkahwinan. Alat ini menyerupai tamborin tetapi uniknya, ia tidak ada kepingan besi.
-Orkestra
 
   

Malaysia mempunyai dua orkestra tradisional iaitu gamelan dan nobat. Gamelan adalah orkestra tradisional berasal dari Indonesia yang memainkan melodi mendayu-dayu. Gamelan menggunakan gabungan gong dan instrumen bertali. Nobat pula adalah orkestra diraja yang memainkan muzik menggunakan serunai dan instrumen nafiri angin. 


-MAKANAN TRADISIONAL 


-Kaum Melayu

Sebut sahaja masyarakat Melayu, memang banyak makanan tradisi yang boleh dijamah oleh bukan sahaja kaumnya, malah kaum yang lain. Sambal belacan, sambal yang digilai dan akan bersesuaian dengan banyak makanan berat. Sambal ini dimakan bersama ulam-ulaman, nasi lemak, lontong dan sebagainya. Kalau sudah ada banyak negeri, banyak jugalah makanan tradisi yang ada, kan? Melaka, contohnya terkenal dengan asam pedas, Pulau Pinang terkenal dengan laksanya, manakala Negeri Sembilan pula terkenal dengan gulai lemak cili api. Di bawah merupakan lebih banyak contoh makanan tradisional bagi kaum Melayu. Kalau ada masa terluang, bolehlah anda membuatnya di rumah.




Nasi lemak

Sate 









Tepung pelita

Rendang

-Kaum India

Masyarakat India juga mempunyai makanan tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya, putu mayam, tosai, roti canai dan kari. Bagi yang belum tahu, masyarakat ini menggemari makanan yang berempah.

                    
    Roti canai



Putu mayam


Medhu vadai

Nasi beriani
-Kaum Cina

Masyarakat Cina juga mempunyai makanan tradisionalnya.Contohnya, dim sum, yusheng, char kway teow, youtiao dan misua.


Yusheng



Youtiao



Misua


Char kway teow


Dim sum
  

No comments:

Post a Comment