Kita sendiri
sudah maklum dengan keistimewaan yang dimiliki Malaysia iaitu dikelilingi
lautan luas dan dirangkumi hujan tropika. Disebabkan itulah Malaysia mampu
menyediakan tempat pelancongan yang menarik. Kalau anda ingin tahu, setelah
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, berbagai-bagai tempat pelancongan yang
menarik telah diwujudkan. Sudah tentu tujuannya adalah untuk menarik hati
pelancong luar untuk melancong ke Malaysia. Bercakap tentang Malaysia, kita bertuah
kerana kedudukan negara ini yang strategik menjadikan negara ini dikenali
dengan pantai-pantai yang putih warna pasirnya. Jom lihat beberapa gambar pantai
di bawah :
Pulau Redang, Terengganu dikenali kerana pasirnya yang putih
Pulau Tioman,
Pahang
Pulau
Sipadan, Sabah
.
Bidang pelancongan di negara kita telah pun
mendapat pengiktirafan sebagai satu pusat indusrti yang terbaik di Asia
Tenggara. Kedudukan Malaysia berada pada 5 teratas di Asia Tenggara. Hebat
bukan? Banyak juga pencapaian dan
pengiktirafan telah didapatkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Ini jelas
membuktikan perkembangan negara kita dalam bidang pelancongan.
Maka, untuk
meneruskan kecemerlangan Malaysia dalam bidang pelancongan, banyak kempen
pelancongan telah dianjurkan. Misalnya, kempen ‘ ZOOM MALAYSIA ‘. Pihak Tourism
Malaysia lah yang mempromosikan kempen
ini dan pada tahun 2014, kos sebanyak berjuta-juta ringgit telah diperuntukkan
kerajaan bagi mempromosikan ‘ Tahun Melawat Malaysia 2014 ‘. Di bawah ini ialah
logo-logo yang telah direka supaya Malaysia kekal menjadi tarikan luar.
Kecemerlangan
Malaysia dalam bidang pelancongan memang tidak boleh disangkal dan telah menjadi
punca kecemburuan negara yang lain. Kalau tadi Malaysia terkenal dengan
pantainya, ini pula mengenai tempat-tempat bersejarah yang ada. Tempat-tempat bersejarah
itu mampu dikekalkan hingga ke saat ini, bukankah itu sesuatu untuk
dibanggakan? Tambahan pula, banyak
pelancong asing yang datang ke negara kita setiap tahun untuk melihat sendiri
tinggalan sejarah tersebut. Kerajaan pula akan berusaha membaiki tempat
bersejarah itu pada setiap tahun tanpa mengubah corak dan luarannya dan usaha
inilah yang mendatangkan hasil lumayan kepada Malaysia. Mari lihat beberapa tempat
bersejarah yang terkenal di Malaysia :
Kota
A’ Famosa, Melaka
|
Gereja
St. Paul, Melaka
|
Kuil Cheng Hoong Teng,
Melaka
Kota Mahsuri, Pulau Langkawi
Kota Mahsuri, Pulau Langkawi
No comments:
Post a Comment