Thursday 9 April 2015

BIDANG PENDIDIKAN




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZRAuH8RSUx3-Zl-6PCMgbrjP9B5jBZODhRyfWQ4UsFHE9bPN5BNQu4YDqLZUhESP6spVz_S_7UE4xdW1s1i5yhBEmETi1EY1aruo5ayXhC7fVR1qz1lU1r7trAdrXlvDffuoq2S5tZFc/s1600/kontinjen.gif


  Dalam memajukan sektor pendidikan, kerajaan berpegang pada dasar menggalakkan kemasukan pelajar asing. Kelonggaraan telah diberi dari segi bahasa iaitu Universiti Swasta dibenarkan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.  Universiti Awam juga melakukan hal yang sama dalam kursus-kursus tertentu ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar asing seperti  kemudahan asrama dan tempat tinggal menjadikan mereka selesa menuntut ilmu di Malaysia. Ini seterusnya pasti akan menggalakkan lebih lagi pelajar asing datang ke negara kita.



   Jika kita perhatikan, Malaysia sebenanya sudah mempunyai banyak institusi pengajian yang meliputi universiti awam juga universiti dan kolej swasta. Ada juga program pendidikan jarak jauh. Pengajian tinggi di universiti-universiti awam  jauh lebih rendah kosnya berbanding universiti-universiti di luar negara. Antara universiti awam yang telah diperbadankan pula ialah  Universiti Malaya. 







                                                                     Universiti Malaya

   Keadaan ini secara langsung meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan universiti. Tambahan lagi, universiti dan kolej swasta di Malaysia sudah mempunyai cawangan universiti luar negara yang terkenal. Tak percaya? Kita ada cawangan Universiti Monash di Universiti Kolej Sunway dan cawangan Universiti of Reading di Kolej Taylor, okey?









  Universiti Monash, Malaysia         
                                                                 
                                                                                    Universiti of Reading, Malaysia
                          



   Pada masa yang sama , perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) telah memberi kekuatan yang memulihkan sistem pendidikan di negara kita. Kenapa? Kerana pelajar tidak akan ketinggalan dalam arus pemodenan melalui sistem pendidikan yang berkonsepkan ICT. Lagi? Pastinya proses pembelajaran juga menjadi lebih berkesan kerana semua maklumat boleh didapati melalui internet. Beban guru pula menjadi kurang. Kemudian, nota-nota dan latihan akan diberikan menerusi saluran rangkaian yang ditetapkan melalui internet. Secara tidak langsung masa untuk memberi dan menyalin nota boleh dijimatkan. Yes! Cuba fikirkan, perkembangan ICT kini sebenarnya akan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Malaysia. Apabila kualiti semakin baik, tidak mustahil sistem pendidikan akan maju. Benar?

                                                     






   Apa cita-cita Malaysia? Pastinya meletakkan dirinya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia Pasifik dan demi matlamat itu, banyak kemudahan infrastruktur dan kemudahan pendidikan telah diwujudkan. 

   Kita sedang berbincang tentang kejayaan Malaysia dari sudut pendidikan maka, kejayaan ini boleh dilihat aabila ramai pelajar asing datang belajar di negara kita. Ini kerana kemajuan teknologi dan situasi negara yang aman menarik mereka untuk belajar di sini. Lagipula, Malaysia amat mementingkan keharmonian kaum, jadi, tidak hairanlah Malaysia menjadi tempat tarikan pelajar luar.



   Malaysia, jika dibandingkan bilangan sekolahnya dengan negara jiran kita iaitu Thailand dan Indonesia menunjukkan bilangan yang agak rendah. Untuk itu, bagi meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan strategi tertentu telah diatur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jom lihat empat strategi yang dilaksanakan supaya Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau. 

1)  Polisi dan infrastruktur pendidikan mencukupi.
2) Negara perlu iktiraf kepentingan untuk mengantarabangsakan bidang pendidikan.
3) Negara perlu iktiraf perkembangan pembangunan teknologi terkini.
4) Mengekalkan standard dan kualiti perkhidmatan pendidikan.
                                    

                                         
                                          Salah satu infrastruktur pendidikan yang diperlukan

   Mantan Perdana Menteri kita sendiri, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi berkata bahawa keempat-empat strategi di atas dilakukan kerana kerajaan sentiasa mengiktiraf kepentingan ilmu dan pendidikan demi kebaikan negara dan pembangunan individu itu sendiri. Apa lagi kata beliau?
                                                         
  Tun Abdullah bin Ahmad Badawi


" Saya juga mahu lebih banyak universiti ternama di dunia yang membuka cawangan di Malaysia bagi memastikan Malaysia mencapai status pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Matlamat utama dalam mencapai hasrat ini adalah pada tahun 2010, Malaysia perlu menarik lebih 100 000 orang pelajar asing belajar di negara ini. "

   Beliau mahu universiti ternama yang telah membuka cawangan di Malaysia dapat membantu meningkatkan kualiti pensyarah negara. Bagi beliau, Universiti Nottingham perlu meningkatkan bilangan pensyarah rakyat Malaysia dan menghantar mereka mengajar di United Kingdom atau cawangan lain. Dengan ini, kualiti dan standard pensyarah rakyat Malaysia dapat ditingkatkan dan diterima negara lain.

    Antara perubahan besar yang akan dilaksanakan agar negara kita melangkah ke arah pendidikan bertaraf dunia ialah pengenalan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pula pada tahun 2017.

    Kajian telah mendapati Malaysia telah mencapai kejayaan dalam tempoh 50 tahun melalui perluasan akses kepada pendidikan dan peningkatan dari segi celik huruf dalam kalangan kumpulan dewasa dan penglibatan murid di sekolah.

                                                          
                                  

No comments:

Post a Comment