Friday 10 April 2015

BIDANG PERTANIAN






Pertanian ialah perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan. Mungkin masih ramai yang belum sedar bahawa bidang pertanian ialah satu pembangunan yang signifikan. Bidang ini juga lah yang menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia selepas kemerdekaan. Pada zaman kemerdekaan sendiri, majoriti penduduk Malaysia akan bercucuk tanam sebagai kerja harian mereka.

Kejayaan Malaysia dilihat apabila wujud penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah. Misalnya FELDA, FELCRA, RISDA dan lain-lain. Agensi-agensi pembangunan wilayah pula gigih mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri.

Malaysia juga mencapai kecemerlangannya dalam bidang pertanian apabila ada agensi-agensi khusus seperti 

1) FAMA,
2) Bank Pertanian Malaysia ( BPM ),
3 )MARDI ( 1969 ), 
4) Lembaga Padi dan Beras Negara ( LPN ), 
5) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ( MADA ), 
6) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu ( KADA ),
7) Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ) 

dan banyak lagi agensi lain yang menyediakan kemudahan pemasaran.

 

 

 






No comments:

Post a Comment