Saturday 11 April 2015

BIDANG BIOTEKNOLOGI





   Kejayaan Malaysia dalam bidang bioteknologi boleh dijadikan kebanggaan buat kita walaupun usianya masih muda. Kejayaan ini dicapai kerana sokongan kerajaan yang sentiasa berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur teknologi maklumat ( ICT ). Hampir kesemua aktiviti penyelidikan dan pembangunan ( P&P ) di Malaysia dijalankan di bahagian sektor awam.

 



Terdapat tujuh kategori bioteknologi Malaysia yang menjadi tumpuan untuk dibangunkan iaitu :

1) Biologi molekul
2) Biologi perubatan
3) Biologi haiwan
4) Biologi alam sekitar dan industri
5) Biologi tumbuhan
6) Bioteknologi Malaysia makanan
7) Biofarmasi

   
Hari ini saja, Malaysia mampu menghasilkan 10 produk bioteknologi Malaysia dan dua daripada produk tersebut telah pun dikomersialkan. Produk itu ialah  biological reagents ' dan vaksin denggi. Anda seharusnya berbangga dengan penca[paian ini!

   Tapi tunggu! Kita juga ada lagi lapan produk bioteknologi yang telah dihasilkan iaitu beras transgernik, kit pengesan penyakit malaria, kit pengesan penyakit denggi, kit pengesan penyakit Japanese Excephalitis, anti kanser daripada mempisang, orkid wangi, tulips dan juga agen kawalan nyamuk Bacullis Spheras


   
Malaysia turut dapat mempatenkan produk perkembangan bioplastik dan pati Tongkat Ali dan Pegaga. Bukan itu saja, kejayaan lain negara kita dalam bidang ini ialah dalam menghasilkan lima proses untuk bioteknologi Malaysia. Apa lima proses itu? Jom lihat!

1) Jus jernih
2) Penyuburan tulip mengikut keperluan
3) Prototaip kit ppengesan penyakit pembawa tifoid
4) Perkembangan semburan vaksin untuk Pasteurella
5) Penyuntikan bakteria sebagai baja tiruan





No comments:

Post a Comment