Thursday 9 April 2015

BIDANG PEMBANGUNAN





Sebut sahaja bandaraya metropolitan Kuala Lumpur, siapa yang tidak kenal? Kawasan tersebut dikenali ramai kerana pembangunannya yang pesat dan maju. Pembangunan yang semakin maju menjadi satu kebanggaan buat kita sebagai penduduk. Bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS menjadi lambang kemajuan Malaysia. Izhar sekali, pembinaan bangunan yang berdiri gah telah membuktikan bahawa negara kita mampu mencapai kejayaan yang setanding dengan negara luar. Di bawah merupakan contoh binaan yang membantu kecemerlangan Malaysia dalam bidang pembangunan.

Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

  

Pada tahun 1995, menara ini siap dibina. Bentuknya yang tirus dan tingginya yang berjumlah 421 meter berjaya menarik kedatangan pelancong asing. Reka bentuknya pula kebanyakannya dicontohi dari seni bina Islam. Menara Kuala Lumpur telah menjadi menara komunikasi untuk memajukan lagi khidmat telekomunikasi di bandaraya tersebut dan menjadi bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia. 


  

Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Pernah diisytiharkan bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 sehingga 2004 sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101 tetapi masih merupakan menara kembar tertinggi di dunia yang berketinggian 452 meter. Keluasannya ialah sebanyak 395 000 meter per segi dan mempunyai 88 tingkat. Kos pembinaannya pasti mengejutkan anda, iaitu sebanyak RM 1.6 bilion! Fuh! Tetapi ia tetap berbaloi dibina. Direka oleh Cesar Pelli dan Djay Cerico dari Itali dan disiapkan pada bulan Mac tahun 1996. 

Bangunan ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik. Apa ciri-cirinya? Begini, jika berlaku sebarang bencana alam seperti gempa bumi, menara ini akan condong mengikut tiupan angin kencang sehingga 1.5 meter. Itu sahaja? Ada lagi, terdapat sebuah jambatan dikenali ' Skybridge ' yang menghubungkan kedua-dua menara ini. Kedudukannya adalah dalam tingkat 41 dan 42. Jambatan ini bukan sahaja mempamerkan nilai estetika yang unik tetapi juga menjadi aspek keselamatan yang utama jika berlaku kecemasan dalam menara. Tidak hairanlah ramai yang menjadikan menara ini sebagai destinasi pelancongan sekalipun rakyat Malaysia sendiri.

Lagi? Di perkarangan bangunan ini, terdapat sebuah taman KLCC berhampiran Suria KLCC yang menjadi daya tarikan pelancong. Indahnya, seluas 17 ekar dan terbentang pula panorama yang memukau mata memandang di samping kemudahan yang disediakan seperti jalan khas untuk berjalan atau berjoging dan taman permainan, siapa yang ingin melepaskan peluang? Ditambah pula dengan pancutan air dan pertunjukan cahaya pada waktu malam, pasti mempesonakan mata.

Menara ini menjadi simbol kemajuan negara dalam sains dan teknologi dan menjadi visi mantan Perdana Menteri kita yang keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam usaha memodenkan Malaysia selaras dengan arus modenisasi dunia.


Sudah terang lagi bersuluh, Menara Berkembar Petronas menjadi salah satu kejayaan terbesar Malaysia pada arus pembangunan masa kini.



Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA )

                            

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau nama singkatannya KLIA merupakan satu binaan yang mempamerkan kesenian yang lain daripada yang lain. Bangunan ini juga menjadi lapangan terbang utama dan yang terbesar di Malaysia. Dengan kos yang mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998 dan boleh menampung seramai 35 juta penumpang stahun dan 1.2 juta tan metrik kargo.

Apa pula anugerah yang disandang oleh KLIA sehingga mampu menjadi salah satu tonggak kemajuan pembangunan negara? Jom lihat!

Lapangan terbang ini telah mendapat pelbagai anugerah daripada organisasi antarabangsa di seluruh dunia. Contohnya, Skytrax dan International Air Transport Association ( IATA ). Selain itu, bangunan ini mendapat pengiktirafan Green Globe kerana memberi komitmen dalam mempromosikan tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada penumpang. Lagi? KLIA lah satu satunya lapangan terbang di dunia yang menerima sijil Green Globe tahun 2004 dan selanjutnya. Kerana menawarkan perkhidmatan yang terbaik, KLIA telah diiktiraf sebagai antara lima lapangan terbaik di dunia! Ada lagi, KLIA juga menjadi lapangan terbang pertama di dunia menerima anugerah sijil Airport Service Quality ( ASQ ) Assured oleh Airports Council International ( ACI )! Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ini menduduki tempat ke-13 di dunia dari sudut bilangan penumpang asing. Pada tahun 2007 pula, bangunan gah ini diiktiraf sebagai lapangan terbang ke-7 paling sibuk di Asia. Sebanyak 26 938 970 orang penumpang yang menggunakan lapangan terbang ini pada tahun itu. 

Kemudahan yang ada di KLIA?
 

Antaranya ialah Terminal 1. Terminal ini ialah terminal utama KLIA dan terletak antara dua landasan lapangan terbang itu. Ia berkeluasan 336 000 meter per segi dan mempunyai 216 kaunter pendaftaran. Dengan ini, operasi pendaftaran dan pembelian tiket berjalan dengan lancar. ^_^ 
   Terminal 1

Selain itu, ada juga Terminal ' Satellite ' sebagai satu kemudahan di KLIA. Banyak kedai bebas cukai yang menjual barangan berjenama antarabangsa. Siapa yang enggan melepaskan peluang ini untuk membeli buatan berjenama luar negara? Selain itu, kemudahan lain seperti surau, tempat mandi, dan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma turut disediakan. Ada juga disediakan hutan hujan mini di tengah-tengah terminal itu. Untuk sampai ke terminal ini, orang ramai perlulah menaiki aerotrain.

http://www.ecosway.com/ecosway/images/bm_MY/klia_05.jpg
Hutan hujan mini

Stesen aerotrain di Bangunan Satelit

Malaysia Airlines ( MAS )




Syarikat Malaysia Airlines atau dikenali sebagai MAS ialah sebuah syarikat penerbangan tunggal milik kerajaan Malaysia. MAS telah mengharumkan nama Malaysia ke seluruh dunia melalui industri penerbangan. Sekarang, syarikat ini menjadi antara syarikat yang berjaya dalam urusan penerbangan. Ia mengendalikan setiap penerbangdan dari pusatnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) dan pusat keduanya di Kota Kinabalu.

Banyak kemudahan yang disediakan kepada para pelanggan seperti kaunter CUSS. Kaunter ini membantu mereka mendaftar penerbangan bermula jam 2 sehingga 48 jam sebelum kapal terbang berlepas. MAS juga menyediakan Golden Lounge yang memberi perkhidmatan makanan, bilik rehat, bilik mandi, surau, pusat perniagaan dan pusat penjagaan kanak-kanak.


 Golden Lounge  
Golden Lounge

Kabin dalam kapal terbang MAS juga dibahagikan dengan kelas yang berlainan. Jika Kabin Kelas Pertama, ia hanya terdapat dalam kapal terbang Boeing 747-400 sebanyak 12 tempat sahaja. Seterusnya, Kelas Golden Club telah diperkenalkan dan perkhidmatan hiburan adalah seperti filem, berita dan dokumentari. Kabin Kelas Ekonomi pula, sebuah televisyen ditempatkan dalam setiap kerusi dan skrin LCD akan menayangkan filem untuk tontonan semua penumpang.

                                                   
                                  Kabin Kelas Ekonomi

Syarikat Malaysia Airlines banyak mengalami revolusi sejak penubuhannya pada tahun 1937. Ia bermula sebagai syarikat penerbangan kecil-kecilan sehinggalah menjadi lambang kemegahan industri penerbangan negara.

No comments:

Post a Comment