Sunday 26 April 2015

BIDANG PENGANGKUTAN



   Jangan ada yang tidak tahu bahawa Malaysia juga mencapai kemajuannya dalam bidang pengangkutan. Contohnya, cuba lihat di sekeliling anda, masih ramai yang menggunakan kenderaan buatan Malaysia sendiri dan ini menunjukkan bahawa negara kita tidak sepenuhnya bergantung kepada negara lain. Kita sendiri juga terlibat dalam urusan eksport kenderaan ke luar negara seperti Brunei, Australia, Singapura dan United Kingdom. Maka, boleh disimpulkan di sini bahawa Malaysia juga mencapai kejayaannya dalam bidang pengangkutan, kan?

   Di Malaysia, sistem pengangkutan yang terkenal dan sering digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat marhaen ialah Transit Aliran Ringan ( LRT ), monorel, PUTRA, dan KTM Komuter manakala sistem pengangkutan yang lain ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ), Lebuh Raya Utara-Selatan serta Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir ( SMART ).

 KTM Komuter





Monorel


Transit Aliran Ringan ( LRT )

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir ( SMART )

    Transit Aliran Ringan ( LRT ), KTM Komuter dan PUTRA membawa faedah yang banyak seperti menjimatkan masa, wang dan tenaga pengguna mahupun pelancong luar yang datang ke Malaysia. Lihat gambar terakhir di atas, Terowong SMART berjaya dibina di Kuala Lumpur atas faktor kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini. Panjang terowong tersebut ialah sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer. Ia adalah terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Lihatlah sendiri kejayaan Malaysia!

   Selain pengangkutan awam itu, kejayaan bidang pengangkutan Malaysia juga adalah kerana perusahaan automobil yang diusahakan oleh syarikatnya. Contohnya, Syarikat Holdings Bhd. ( PROTON ) dan Syarikat Perusahaan Outomobil Kedua Sdn.Bhd. ( PERODUA ).

   Pada 9 Julai 1985, kereta Proton berjaya dikeluarkan oleh syarikatnya dan ini memberi petunjuk bahawa Malaysia sendiri mampu menghasilkan kereta nasional. Kalau Syarikat Perodua pula, kereta Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi, Viva dan lain lain lagi berjaya dihasilkan. Hasil eksport kereta nasional ini telah menyumbang kepada pendapatan negara sekaligus meningkatkan ekonomi negara.




 

Ini adalah contoh kemajuan sistem pengangkutan yang ada di Malaysia :


-SISTEM PENGANGKUTAN BAS

 


   Terdapat banyak syarikat bas di Malaysia seperti RapidKL, Len Seng, Metrobus, Transnasional dan banyak lagi. Tahun 2005 saja, RapidKL membawa lebih kurang 190 000 penumpang sehari.


-SISTEM PENGANGKUTAN TEKSI BERMETER


Pengangkutan teksi menjadi satu elemen penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Teksi-teksi yang terdapat di Malaysia terdiri daripada kereta-kereta yang bermodel Proton Saga BLM 1.6, Proton Iswara, Proton Wira, Proton Waja dan Naza Citras yang berwarna merah dan putih. Teksi-teksi ini mengenakan bayaran ke atas penumpangnya dengan menggunakan meter. Teksi Malaysia boleh didapati dengan mudah lebih-lebih lagi dengan wujudnya aplikasi mencari teksi di telefon pintar.



-SISTEM PENGANGKUTAN KERETA API



Pengangkutan kereta api yang ada di Malaysia terdiri daripada Transit Aliran Ringan ( LRT ). LRT ini terbahagi kepada Kelana Jaya Line dan Ampang Line, KLIA Express dan KLIA Transit. Kesemua pengangkutan kereta api tersebut menawarkan perkhidmatan yang murah dan selesa seperti dilengkapi dengan alat penghawa dingin.

No comments:

Post a Comment