Friday 10 April 2015

BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI





Malaysia telah melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas. Hal ini berlaku apabila kita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I pada bulan Januari 1996 dan MEASAT II kira-kira 10 bulan kemudian. Melalui penggunaan satelit-satelit tersebut, komunikasi menerusi telefon mudah alih akan menjadi lebih berguna. 

           

 Mikrosatelit yang pertama , iaitu TIUNG SAT I juga berjaya dilancarkan ke angkasa lepas pada bulan September 2000.  Ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri.


Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha

Program penghantaran angkasawan negara yang pertama pula telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di segenap dunia. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha berperanan sebagai ' Duta Angkasa Malaysia ' untuk menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah-sekolah di seluruh negara agar dapat menjadi pendorong kepada pelajar yang menceburi bidang sains dan teknologi. Dengan ini, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi bidang angkasawan.

Sebenarnya konsep penerokaan angkasa lepas di Malaysia lebih menjurus kepada usaha untuk mengembangkan bidang-bidang tertentu dalam industri aeroangkasa serta cuba memberi ruang kepada bidang penyelidikan alam cakerawala.


http://www.mrwallpaper.com/wallpapers/space-stars-road-1920x1080.jpg




Bidang kajian sains angkasa di Malaysia mula berkembang semenjak tahun 1990-an melalui pembinaan Kompleks Planetarium Negara dan penubuhan Bahagian Kajian Sains Angkasa ( BAKSA ). 

Kesungguhan Malaysia dalam bidang kajian angkasa lepas dapat dibuktikan melalui kewujudan Pelan Induk Pemabngunan Industri Aeroangkasa Malaysia tahun 1997. Pelan ini seterusnya akan memajukan lagi industri aeroangkasa sekali gus membangunkan negara kita.

Menerusi usaha penerokaan angkasa lepas, banyak keperluan negara dapat kita penuhi di samping menaikkan imej negara tentang kemajuan sains dan teknologi sejajar dengan konsep Wawasan 2020 yang telah ditetapkan.

Satelit navigasi melalui teknologi GPS akan membawa banyak faedah di Malaysia seperti dapat memantau pergerakan teksi-teksi yang memberi perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ).





http://images.thecarconnection.com/lrg/gps-satellite_100181993_l.jpg
Satelit GPS

Selain itu, kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara lebih efektif dan berkesan dengan adanya satelit pengesanan jarak jauh. Bukan itu sahaja, kemajuan satelit ini di Malaysia turut membantu para nelayan untuk mengesan kedudukan ikan-ikan di kawasan laut. Ia juga boleh mengelakkan perlanggaran dengan kapal-kapal lain yang sedang belayar di perairan negara.


http://www.kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2013/02/nelayan.jpg


Salah satu bidang industri aeroangkasa yang mendapat faedah besar daripada kemajuan penyelidikan angkasa ialah teknologi pembuatan pesawat, tambahan lagi apabila Malaysia berjaya mengeluarkan pesawat peninjau tanpa  pemandu pertamanya pada tahun 2001. Pesawat bernama Eagle Airbone Reconnaissance Vehicle ( ARV ) itu dibina melalui projek usahasama dengan British Aerospace System ( BAE )




No comments:

Post a Comment