Friday 10 April 2015

BIDANG EKONOMI


   Percaya tak kalau saya beritahu anda yang kejayaan Malaysia telah pun diiktiraf oleh dunia? Hmmm, tapi kenapa masih ramai yang tidak menyedari akan hal ini sedangkan Malaysia telah menjadi satu jenama pada peringkat antarabangsa hasil daripada pengurusan ekonominya yang berksesan dan sistematik.

Banyak kejayaan yang telah Malaysia lakar dan mendapat pengiktirafan pihak antarabangsa selain bidang ekonomi.  Contohnya, bidang kewangan, pelaburan, pelancongan dan perniagaan.


   Kata Dato' Seri Idris bin Jusoh selaku Menteri Pendidikan II Malaysia, " Kejayaan yang dilakar sehingga diiktiraf oleh peringkat antarabangsa ini menunjukkan bahawa kerajaan dapat menguruskan ekonomi negara dengan baik. " Kata beliau lagi, " Walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang mencabar, Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.2% pada suku ketiga tahun ini dan kutipan hasil kerajaan Persekutuan dijangka akan mencapai RM 207.2 bilion tahun ini. "


Idris bin Jusoh.jpg
Dato' Seri Idris bin Jusoh
 Dengan berkembangnya bidang ekonomi di negara kita, Malaysia mampu mendirikan pelbagai bangunan yang gah di sekitar bandar-bandar, contohnya Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan banyak lagi. Ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi negara kita kukuh sehingga mampu menghasilkan menara-menara megah ini melalui teknologi canggih.

http://farm6.static.flickr.com/5547/9611123371_ac0cbfc04d_m.jpg
Menara Berkembar Petronas

Menara Kuala Lumpur

  Malaysia turut berjaya menghasilkan barangan buatan sendiri seperti kereta nasional bermodel Proton, Perodua, Kelisa, Myvi dan banyak lagi. Ini juga disebabkan oleh faktor kerjasama antara Jepun dan Malaysia supaya lebih banyak kereta nasional yang berkualiti dapat dihasilkan dalam masa yang pendek.

   Kalau kita berfikiran jauh dan tajam, perkembangan ekonomi di Malaysia sebenarnya akan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Kemudahan awam yang pelbagai pula dapat disediakan samada di kawasan luar bandar mahupun bandar agar setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kemudahan yang baik.




   

            



            




















No comments:

Post a Comment