Friday, 10 April 2015

BIDANG SENI VISUAL DAN ANIMASI


 

Bidang animasi di Malaysia mula berkembang secara komersial sekitar tahun 1990-an apabila munculnya siri animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures Sdn.Bhd. pada tahun 1995 dan juga filem animasi Silat Lagenda tahun 1998. Lalu bermulalah perkembangan bidang animasi di Malaysia walaupun studio di Malaysia tidaklah sebesar dan sekukuh di Filipina, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

                  [silat_legenda.jpg]

Kita tidak boleh kata ' tidak ' apabila bidang animasi mula menjadi bidang yang berpotensi besar dalam menjana ekonomi negara sendiri. Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Multimedia ( MDEC), Dato' Badlisham Ghazali berkata bahawa inisiatif unutk mengeksport kandungan kreatif ke luar perlu diambil perhatian kerana nilai pasaran globalnya sangat besar. Nilai pasaran global bagi bidang animasi pada tahun 2010 saja sudah mencecah RM 280 bilion.

Oleh kerana bidang animasi di Malaysia masih belum kukuh seperti di Amerika Syarikat, Multimedia Super Corridor ( MSC ) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia ( MDEC ) telah ditubuhkan.

Lihat saja pada kejayaan filem animasi Upin dan Ipin keluaran produksi Les' Copaque Sdn. Bhd.. Ini merupakan hasil inisiatif yang diberikan oleh MSC dan MDEC. Animasi Upin dan Ipin ini menjadi satu fenomena yang bukan sahaja tersebar ke seluruh Malaysia, malah negara luar lain seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Turki dan Thailand. Ini juga menjadi satu kejayaan bagi rakyat sendiri yang terlibat dalam bidang seni visual. Filem Geng : Pengembaraan Bermula telah meraih kutipan sebanyak RM 6.3 juta hasil tayangan pawagam. Apa perkara menarik yang menjadi tumpuan dalam kisah Upin dan Ipin ini?

1) Nilai-nilai keagamaan



2) Nilai moral


3) Nilai sosial


Dalam penerbitan 26 episod siri televisyen Saladin turut menunjukkan kemampuan bidang animasi ini kerana anggaran nilainya telah mencecah RM 30 juta. Kartunis agung Malaysia pula telah menerbitkan filem animasi Kampung Boy dan percaya atau tidak, filem ini dibangunkan di Amerika Syarikat dan dianimasikan di Filipina serta menjadi tayangan di ASTRO.

      

Filem pendek yang muncul pada tahun 1984 dan 1987 ialah Sang Kancil dan Monyet, Sang Kancil dan Buaya, Gagak yang Bijak, Arnab yang Sombong dan Singa yang Haloba.

Kalau nak tahu, kita ada fakta menarik mengenai animasi Upin dan Ipin ini. Di Indonesia, animasi ini akan ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak di sana dan perkataan ' Betul Betul Betul ' seperti yang sering watak Ipin sebut akan menjadi ajukan. Kita seharusnya berbangga dan tidak LEBIH mengagung-agungkan animasi negara lain seperti Doraemon dan Shin Chan. Walau apa pun, anda bukannya dilarang sama sekali untuk menonton animasi Jepun itu...


                                    http://m.memegen.com/hrk27v.jpg

No comments:

Post a Comment