Malaysia sebenarnya salah satu negara yang unik kerana mempunyai kepelbagaian etnik lebih-lebih lagi di Sabah dan Sarawak. Tidak terkecuali Wilayah Persekutuan Labuan juga kerana di pulau kecil ini, terdapat juga penduduk berbangsa Melayu Brunei yang menetap lama sehingga beberapa generasi. Kalau sebut sahaja apa tiga kaum utama di Malaysia, sudah pasti lah jawapannya ialah Melayu, Cina dan India.
-KEPELBAGAIAN
KAUM
-Melayu
Kaum Melayu menjadi kaum terbesar di Malaysia iaitu sebanyak
54%. Lihat! Nama Melayu merujuk kepada orang yang mengamalkan Islam dan tradisi
Melayu. Mereka berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pengislaman
mereka kebanyakannya dipengaruhi pengaruh kerabat diraja Melaka. Masyakarat
Melayu dikenali kerana sifat lemah-lembutnya selain kerana warisan seni yang
pelbagai.
-Cina
Kaum Cina pula mempunyai sebanyak
25% daripada penduduk Malaysia. Kebanyakannya tinggal di bandar-bandar besar
Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Kalau tadi kaum Melayu beragama Islam,
sekarang kaum Cina pula ada yang beragama Buddha, Taoisme dan Kristian.
Mereka berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis dan Teochew. Kebanyakannya
ialah keturunan imigran Cina yang datang semasa kurun ke-19. Mereka terkenal
kerana ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga. Sebab itulah mereka lebih
mendominasi bidang ekonomi berbanding kaum Melayu yang terlibat dalam bidang
politik negara.
-India
Kaum terakhir ialah kaum India yang
membentuk sebanyak 7.5% daripada penduduk Malaysia. Majoriti beragama
Hindu, berbahasa Tamil, Malayalam dan Hindi. Mereka ada yang berketurunan
imigran India Selatan yang berbahasa Tamil. Kaum ini datang ke negara ini
sewaktu penjajahan British. Untungnya, mereka membawa bersama budaya
warna-warni mereka ke negara kita. Contohnya, kuil berhias, makanan berempah
dan sari mewah.
-Kumpulan etnik lain
Di Sarawak, kumpulan etnik utama
ialah Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Di Sabah pula, kumpulan etnik
bumiputera utama ialah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.Terakhir ialah, Orang
Asli. Orang Asli merujuk kumpulan etnik bumiputera di Semenanjung Malaysia dan
terbahagi kepada tiga puak utama iaitu Negrito, Melayu Proto dan Senoi.
-MUZIK
DAN TARIAN
Warisan budaya Malaysia selain
kaumnya yang pelbagai juga boleh dilihat melalui kepelbagaian muzik dan
tariannya.
(
TARIAN )
-Kuda
Kepang
Kuda
Kepang adalah tarian tradisional yang dibawa ke negeri Johor oleh imigran Jawa.
Tarian ini melakonkan semula kisah peperangan suci Islam yang berjaya. Para
penari akan duduk di atas kuda buatan dan bergerak mengikut rentak alat
muzik yang biasanya terdiri daripada gendang, gong dan angklung.
-Bharatanatyam
Tarian
klasik India adalah seperti gerakan puisi. Menurut epik India lama, tarian ini
sangat penuh dengan perasaan dan dramatik. Tarian Bharatanatyam menggunakan
lebih 100 langkah tarian dan gerakan. Untuk menguasainya, para penari
memerlukan latihan bertahun-tahun lamanya.
-
Tarian Singa
Tarian
ini dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tarian ini jika kita lihat
pun, cukup menunjukkan bahawa persembahannya penuh bertenaga dan menghiburkan.
Lagenda ada mengatakan pada zaman purbakala, hanya singa yang dapat menghalau
haiwan mitos yang dikenali sebagai Nian. Nian akan mengganas di China dan
menelan manusia pada malam Tahun Baru. Tarian Singa memerlukan koordinasi
sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi. Ia dipersembahkan dengan
iringan rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal.
(
MUZIK )
-Kompang
Menjadi
salah satu alatan muzik tradisional kaum Melayu yang popular. Kompang digunakan
dalam aktiviti sosial misalnya dalam perarakan, upacara formal atau lebih
terkenal lagi, pada hari majlis perkahwinan. Alat ini menyerupai tamborin
tetapi uniknya, ia tidak ada kepingan besi.
-Orkestra
Malaysia
mempunyai dua orkestra tradisional iaitu gamelan dan nobat. Gamelan adalah
orkestra tradisional berasal dari Indonesia yang memainkan melodi mendayu-dayu.
Gamelan menggunakan gabungan gong dan instrumen bertali. Nobat pula adalah
orkestra diraja yang memainkan muzik menggunakan serunai dan instrumen nafiri
angin.
-MAKANAN
TRADISIONAL
-Kaum Melayu
Sebut
sahaja masyarakat Melayu, memang banyak makanan tradisi yang boleh dijamah oleh
bukan sahaja kaumnya, malah kaum yang lain. Sambal belacan, sambal yang digilai
dan akan bersesuaian dengan banyak makanan berat. Sambal ini dimakan bersama
ulam-ulaman, nasi lemak, lontong dan sebagainya. Kalau sudah ada banyak negeri,
banyak jugalah makanan tradisi yang ada, kan? Melaka, contohnya terkenal dengan
asam pedas, Pulau Pinang terkenal dengan laksanya, manakala Negeri Sembilan
pula terkenal dengan gulai lemak cili api. Di bawah merupakan lebih banyak
contoh makanan tradisional bagi kaum Melayu. Kalau ada masa terluang, bolehlah
anda membuatnya di rumah.
Nasi lemak
|
Sate
|
Tepung pelita
|
Rendang |
-Kaum
India
Masyarakat India juga mempunyai makanan tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya, putu mayam, tosai, roti canai dan kari. Bagi yang belum tahu, masyarakat ini menggemari makanan yang berempah.
Masyarakat India juga mempunyai makanan tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya, putu mayam, tosai, roti canai dan kari. Bagi yang belum tahu, masyarakat ini menggemari makanan yang berempah.
Roti canai
Medhu vadai
|
Nasi beriani |
-Kaum
Cina
Masyarakat
Cina juga mempunyai makanan tradisionalnya.Contohnya, dim sum, yusheng, char
kway teow, youtiao dan misua.
Yusheng
|
Youtiao
|